melayang-layangkan duit dihari minggu...

5 April 2008
..sabtu..
jeng-jeng.. ujung minggu yang bosan. ari sabtu tak ada apa nak buat. suamiku tercinta awai-awai lagi pegi sekolah ada mesyuarat PIBG. aku pun cuba memejamkan mata nak sambung tido. tapi mata ni jadi ngada-ngada lak time ari cuti. tak nak lak lena.. bila time keja nak bukak mata pun payah. aku pun layan tv je lah. sampai kul 11.00 baru aku paksakan jugak diri aku pegi mandi. dah mandi aktiviti pun bermula. masak memasaklah.. ari ni aku nak masak sambal udang (adinda zai bukan main suka lagi, kalu nak makan datanglah), labu masak lemak ngan ikan kerisi goreng. u all nak tau tak.. ari ni aku rajin sangat.. sempat lagi buat kuih karipap untuk minum petang.. tapi tak sempat nak amik amik gambar tunjukkan kat korang rupa karipap aku. maid aku cakap kalu jual kat tepi jalan ni mesti laku ni.. hua hua.. ternyata kesedapannya.. jangan mare ( kalu nak rasa meh lah datang umah)

6 April 2008
..ahad..
ari ni pun aku pun tak ke mana. hari ni aku berjaya bangun lewat. kul 11.00 aku bangun.. enaknye tido..
ari ni tak yah masak sangat. top-up la sikit-sikit sebab lauk semalam banyak lagi.

bosan jugak tak kemana.. otak aku pun ligat memikirkan mana ek nak pegi.. ah.. tak boleh jadi.. aku ajak ayang aku pergi tengok kedai jati yang tengah wat sale. niat ati nak gi cuci-cuci mata je.. emm tak leh tahan la tengok.. sambar gak cermin tuk bilik tido ngan meja make up aku. korang tengok cantik tak...

ha.. tengok ayang dah start nak matched ngan cermin ngan meja.. kira leh dapat la tu.. ok-ok tu yang.. sesuai..
ha.. tengok.. ngan kusi lagi... cantik tak??
ada lagi yang kami beli.. tunggggguuuuu.. nanti dah siap deko akan aku tayangkan......
pas dah melaburkan duit kat kedai tu.. singgah la kat restoran "ipoh conner".. cun gila dia decorate kedai ni.. suma barangan antik je.. daripada cawan sampaikan kerusi yang kami duduk tu..

possing ngan almari sebelah almari solek.. aku rasa kat rumah arwah monyang aku yang penah ku lihat benda-benda antik macam tu.. tapi memang cantik beb..

memang rasa suasana kampung lah.. tempat pun nyaman je.. sesua nak bergosip-gosip. kalu nak gi lepak kat situ tempatnya di Bukit Puchong. Dekat je ngan tol Puchong - Putrajaya.
ok.. tunggu.. kalu sempat aku tepekkan gambar perabot baruku.. malam ni baru sampai..
tttttttttttuuuuuuuuuuuuuunnnnnnnnngggggggggguuuuuu

2 comments:

@in said...

cantik tuu? kayu jati yer. bagus letak cermin banyak2 dalam rumah ni. senang nak belek muker...wehehehe

Y u Z z 9071 said...

waa

manyak kaya ini olang...

bole layang-layang duit ..

itu cermin lawoooooo