al-fatihah

al-fatihah buat adik Muhamad Danial Hakimi bin Muhammad Fairiss yang telah kembali ke rahmatullah pada 29.1.2009.

Hakimi adalah anak sulung kawan aku. Umurnya baru 6 tahun. Kami berkawan agak rapat juga dari aku bekerja di Proton Edar dulu hingga kini. Memang kalau ada kelapangan bila ke rumah mak aku, aku akan lepak-lepak kat umah dia. Last jumpa dengan adik Hakimi pada hari raya yang lepas. Untuk makluman korang adik Hakimi diserang Denggi Berdarah. Dah last stage baru dapat detect. Hospital pun dah tak boleh nak buat apa-apa dah. Sampai muntah pun dah berdarah. Memang dugaan yang hebat buat kawan aku Fiza dalam sekelip mata hilang anak yang disayangi.

al-fatihah buat Hakimi.

aku yang terlalu sibuk

lama aku tak bercerita dalam blog ni. aku teramat-amat sibuk sekarang ni. kalau kat rumah memang dah tak da masa aku nak update. kat office pun kerja belambak-lambak sebab nak kena back up sorang staff yang cuti belajar. nanti bila weekend aku cuba sedaya upaya dengan kederat yang aku ada post cite untuk seminggu ni..

esok balik kampung

esok pagi-pagi lepas subuh aku nak balik ke Melaka. Petang dah kena balik sini sebab isnin anak-anak aku dah start sekolah. Balik pun ada hal nak sattle kan.

aku nak masuk tido dulu. doakan aku selamat pergi dan selamat kembali.

bercanda di taman tasik

petang tadi pergi lepak kat taman tasik kelana jaya. dah lama janji ngan anak-anak aku nak ke sana. dua minggu lepas dah sampai je kat sana hujan. tak dapat la diorang nak main playground tu. tapi aku janji nak bawakkan jugak nanti. memang jenis anak-anak aku ni slagi janji ko tak di tunaikan asyik memekak je kat lubang telinga aku ni. macam tu jugak kalau dah bagi tau nak jalan kemana-mana. selagi tak sampai hari nak jalan tu selagi tu dok tanya. kenkadang dalam sehari tu sampai tiga kali tanya. time mood aku elok boleh la aku nak jawab elok-elok tapi time gile aku datang sekali ko tanya bertubi-tubi la aku membebel. langsung senyap tak tanya lagi dah.. hahaha.. padan muka korang dapat mak gile macam aku.


siap bawak bekalan lagi. dah tak da alasan nak minta makan kat kedai. duit mak pak ko dah abih dah bayar sekolah korang. aku bawak hotdog dengan karipap yang aku buat semalam. tinggal goreng je pas kuar kat peti ais.



muka stim ngan kusyuk tengah makan kuaci.


muka keterpaksaan menunggu anak-anak main


dua laki bini mengedik ambil gambar.


mana gamba anak-anak aku??? memang tak ada, sampai-sampai terus terjah bendalah ni. seronok bukan main la. dulu masa aku kecik-kecik papan gelongsor pun dari kayu. silap hari bulan masuk selumbar oooo... ishhh ngeri aku..tak dapat aku nak bayangkan macamana..

apa punya ngok rasa hari ni

pagi-pagi tadi aku dah update dah blog ni. pastu aku try edit kat post options kat bawah tu. sampai sekarang apa yang aku update tak keluar pun. korang jangan tuduh aku dah lupa ngan janji aku ye. sekarang aku dah rajin melangok depan pc dah ni. tak kira kat office ke kat rumah ke...

pastu.. aku nak update cite terbaru. memory kat aku pulak kena telan ngan pc ni. memori kad tu dah la kecik. aku pulak tersilap masuk lubang. jenuh kejap lagi aku nak kena pomen pc aku ni.



konon-konon pagi-pagi ni aku nak sambung keje opis yang tak sattle lagi. bawak balik dah lama sentuhnya tak pun


work station aku kat umah. malas aku nak ngadap lappy lagi. macam tak puas je.


benda alah ni la yang telah memori kad aku. bermakna dalam phone aku sekarang tak de memori kad. huhu.. apa punya mengong aku rasa.

ok ini laporan tuk tengahari ni. nanti ada cite aku post lagi.
tatatititutu...

aku rajin hari ni

dari pagi tadi memang aku sibuk gile kat opis tu. mana taknye bos aku dah mula masuk office balik. staff kat office pun kebanyakan masih sambung cuti lagi. kuli yang tinggal hanya aku ngan kak siti je. memang kalut jugak la dengan internet bengong satu hari ni.

petang bos dah start tak de. pukul 11 dia dah sibuk nak balik sebab ada tranning nyanyi untuk malam ni ada dinner kat Sunway Hotel semperna perpisahan KSU kementerian aku. Semua diwajibkan pergi sebenarnya. Tapi aku tak kuasa nak layan dinner-dinner ni. Baik aku makan biskut kering kat umah ngan anak-anak aku je lagi sedap..

disebabkan hari Isnin ni aku cuti, jadi semua kerja-kerja tertunggak aku kena siapkan petang ni jugak. Date line untuk segala bapak claim kena hantar before 5 haribulan ni. dah petang baru aku dapat tau kena hantar cepat bulan ni sebab nak close account. gigihkan kan jugak la aku stay kat office sampai pukul 7 malam. Scary gak aku sebab macam-macam cerita yang aku dengar. Time-time tu la aku rasa nak terkencing la. Tapi selagi aku boleh tahan, aku tahan untuk ke jamban tu sorang-sorang kirim salam kalau dah petang-petang macam ni.

balik je aku terus singgah minimarket dekat ngan rumah aku tu. masa nak singgah tu pikir nak beli 5 barang je, pastu dah jadi sampai 50 barang aku beli. gile betul lah nafsu aku ni. elok-elok buget tuk 10 ringgit dah jadi 100 lebih dah. manalah buget aku bulan-bulan jadi over. ingat nak singgah beli buger je kat tepi jalan tu.. tapi tiba-tiba rasa nak kencing tu datang balik. apa lagi kelangkabut la aku drive pastu tak nyempat-nyempatlah aku nak kuarkan barang dalam kete. lari terus masuk jamban.

ntah kenapa aku rasa macam nak makan karipap yang aku buat sendiri. korang jangan tak caya kalau aku dah teringin tu.. aku buat jugak tau. tak kira masa pun.


operasi aku dah bermula. .


along memang sibuk bila aku kat dapur. dah boleh harap la kalau suruh goreng telur sendiri.


yang pakai tudung tu maid aku,mar. memang tak penah tanggal tudung sejak kerja kat rumah aku.


adik dengan muka dah mengantuk. budak-budak ni kalau aku tak ada kat rumah bukan nak tidur pun siang. jenuh aku pesan.pastu baru pukul 10 dah mula buat muka sememeh macam tu.


teror tak aku. itu resepi turun temurun.


berinti kan daging cincang..


hasil yang pertama.


sikit-skit lama-lama jadi bukit. makin lama duduk pinggang aku dah sakit. makin buruk karipap aku. dapat jugak aku buat dalam 100 bijik. sape nak rasa datang la rumah ye..