ha... ini sebenarnya nama kursus yang aku sepatutnya menjadi perihal pertama yang perlu aku pikirkan.. masalahnya dah terpesong niat dah.. tapi jangan salah anggap. aku tak lari pun dari kursus tu.. aku tetap pegi jugak.
ni semua membe-membe satu kementerian aku. dari lain-lain bahagian. masa ni kat airport. flight delay pulak. memang rugi 1 jam masa bershoping kat sana.
ha cuba teka apa itu??? burung... kahkahkah.. macam anak ayam je kan. memang dari sejak azali lagi tanganku memang keras untuk melukit. tapi masa spm dulu aku amik gak subjek art ni.. itu pun dapat 4.. kira teror gak la kan. ini kira salah satu tugasan daripada fasilitator untuk mengenalpasti diri kita masing-masing. konbinasi warna burung yang kuning dan cawan yang bercorak bulat-bulat tu itu melambangkan seorang yang tegas dan langsung tak takut pada orang lain. yang aku paling ingat skali fasi tu kata hang langsung tak takut pada hantu, silap-silap hantu yang takut pada hang.
masa dalam kelas.. tu pun dah majlis penutup kursus.. masing-masing sempat posing dan dalam hati penuh kegembiraan dah nak balik.. huhu.. rindu ngan anak-anakku..
tapi sebelum balik sempat lagi aku ngan membe aku odah round-round satu langkawi tu. yelah flight pun kul 6.30 petang. class dah abis awal.. jd kami gunakan masa sehabis mungkin. aku tak lak amik gamba masa bershoping.. macamana nak amik tangan pun dah penuh.. huahua..
tu gambo kat atas tu masa kat makam mahsuri.
ini lah yang dikatakan mahsuri. lakaran dari ingatan keturunan mereka.
inilah makam mahsuri yang dipercayai tempat mahsuri disemadikan. tapi dah banyak kali ubah suai. kubur yang asal cuma bernisankan batu sungai sahaja.
ini kak mai-dari bahagian sumber manusia
dan ini hasil dari kursus tu. tak cukup kargo.. sampai sanggup jinjing tangan bawak pinggan mangkuk nak bawak naik kape terbang.
dan muka orang-orang penat berkursus... huahua
ha.. sempat suh kusi ni urutkan.. sementara dok tunggu kapai terbang sampai untuk menerbangkan aku balik puchong.. hahahaha.. syokk nyee..
3 comments:
wahh...bestkan..
nak coklat...nak coklat...
coklat dah abih dah. beli tak banyak. pinggan mangkuk je ada.
mangkuk ayun ade beli tak?..
lariksss
Post a Comment