kisah 3 pontianak

Pada satu malam 3 ekor pontinak sedang bertenggek di atas pokok sambil bergaduh tentang kehebatan masing-masing.Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat.Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun cuba membuktikan ke hebatan masing-masing.

Pontianak A terbang dengan sepantas kilat.10 saat kemudian balik semula ke pokok tersebut.Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.
Pontianak A : Korang nampak rumah tu
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A.
5 saat kemudian balik semula ke pokok tersebeut.Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi,malah pada keseluruhan mulut pontianak tersebut.
Pontianak B : Korang nampak kampung tu
Pontianak A : Nampak!
Pontianak C : Nampak!
Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B .Dalam masa 2 saat je dia kembali ke pokok tersebut.Kelihatan darah mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut,malah pada keseluruhan muka pontianak tersebut.
Pontianak C : Korang nampak tembok kat hujung sana tu
Pontianak A : Nampak!
Pontianak B : Nampak!
Pontianak C : Err...tadi aku tak nampak

kuang..kuang..kuang.. padan muka ko PONTIANAK

1 comment:

viruspadu said...

kelakar2

apa la pontianak c tu

x menyempat sgt