Lawak Musim Plihan Raya

Pesakit ahli politik Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan. Pakar bedah pertama berkata, "Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan. "

Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, "Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah. "



Lawak DUN pilihanraya

DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam

DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar

DUN yg paling panas , DUN Pedas.

DUN yg paling miskin . DUN Sekupang

DUN yg paling muda , DUN Sri Muda

DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai

DUN yg paling basah , DUN Sg Besar

DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang

DUN yg banyak hantu , DUN Pucong

DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.

DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat

DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.

DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang

DUN banyak air , DUN Ampangan

DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.

DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun

DUN paling bahaya , DUN Baling.

DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.

DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung

DUN ada binatang , DUN Kijang

DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena

DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk

1 comment:

Y u Z z 9071 said...

mmg kreatif dan lawak