...kita rilex dulu ngan lawak ni...

Seorang lelaki telah menginap disebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Diapun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.
Disebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak
e-mail nya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebutpun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantaidan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer.
To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejutdengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sinipada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan disini untuk kedatanganmu pada hariesok. Semoga berjumpa denganmu nanti,Sayang. Abang harap perjalananmu kesini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.



No comments: