Lawak Musim Plihan Raya

Pesakit ahli politik Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan. Pakar bedah pertama berkata, "Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan. "

Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, "Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah. "



Lawak DUN pilihanraya

DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam

DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar

DUN yg paling panas , DUN Pedas.

DUN yg paling miskin . DUN Sekupang

DUN yg paling muda , DUN Sri Muda

DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai

DUN yg paling basah , DUN Sg Besar

DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang

DUN yg banyak hantu , DUN Pucong

DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.

DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat

DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.

DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang

DUN banyak air , DUN Ampangan

DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.

DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun

DUN paling bahaya , DUN Baling.

DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.

DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung

DUN ada binatang , DUN Kijang

DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena

DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk

lunch at alamanda..

tengahari kitaorang satu opis dok pening nak p makan kat mana.. last-last gataikan kaki tuk berjalan kat alamanda je.. perut aku masih kenyang lagi coz masuk opis tadi pun dah kul 10 pagi (huhu.. macam opis ni ada share ngan bapak aku lak aku wat).. jadi breakfast pun lewat.. dah member-member ni sume nak kuar aku pun takkan nak dok melangok sensorang kat opis. baik aku ikut skali. ni je aku makan tuk lunch.


kuewtiauw kerang. ngan tea o ais.. itu pun tak abih.



ni hajah rubi.. baru balik haji ni. cc kat opis aku. tu ais kacang tu dia punya tu.. syok kan.. nak share sikit leh..



ni lydia. pembantu undang-undang kat opis tu. ha.. wat mula paling ayu lah tu..



ni lupak lin. pembantu undang-undang gak. makan je la.. asyik mengomel je kata lauk tu tak sedap..



ni hanim. kerani sambilan kat tempat aku. apa kebenda yang ko makan tu. hitam jo



ish-ish.. comel nye budak ni. anak sape ekkk... AKU LAH AMY...

..hepi valentine...

jeng..jeng.. jeng.. selamat hari berkasih sayang. aku pun tak la sambut sangat pun. tapi aku tengok membe-membe dok senorok sambut. gi candle light dinner la.. aku just beli cake je untuk my hubby. saje-saje.. suke-suke.. nak bagi di tau yang aku sayang kat dia


comel tak cake ni.. kecik je.. leh la tu skali makan je..


semoga hari-hari yang mendatang membawa seribu kebahagian buat kami sekeluarga..amin..





diam itu ada indahnya

aku masih terdiam di situ
tidak bersuara apatah lagi membalas kata
kerna ku tahu diam itu lebih indah
dari sengketa yang berpanjangan

aku diam bukan beerti aku kalah
aku diam bukan beerti aku berundur
aku diam bukan beerti aku bersalah
tetapi aku diam...
untuk berfikir sejenaka
aku diam...untuk bertafakur
aku diam..supaya dapat ku persiapkan strategi
lantas...ternyata diamku punya banyak makna
diamku...membekukan segala api kemarahan
melenyapkan dendam kesumat
memintal mati tali permusuhan
membenam rasa keinsafan
menyelit rasa kemaafan

biar mereka fikir aku seakan tewas dalam panahan hujah mereka
tapi ternyata aku menang menang di jiwa di minda
memerangi diri sendiri dari nafsu amarah
kerna aku percayadiam itu ada indahnya

at bandung, indonesia


kini kembali lagi dengan nak ceritakan pengalaman masa gi bandung ari tu. family trip ke sana. best tau. rege tak lah mahal sangat. kami pi 4 hari 3 malam. satu kepala cuma rm 500 je. tu kami amik travel ajen 2 hari je. yang lebihnye kami gi jalan sendiri. best...

ni tengah tunggu time nak check in. tapi masa ni cuti sekolah. ramai gila orang kat airport. dah la flight awai pagi.

ni muka orang ngantuk dok nak isi form. yelah mana tak ngantuk dah la bangun kul 4 pagi pastu banyak lak nak diisikan. aku tak leh nak tolong.. nanti aku lak jadi pening dok tunduk-tunduk.sama gak kalu naik kete. kang tak pasal-pasal aku pening.

nak cayang ckit.. huhu sempat lagi nak bermanja-manja.
ni post-post yang sempat nak amik masa dalam flight. tengah boring dok tunggu nak sampai. tak la jauh sangat. lagi jauh pegi kuching.

ukez. dah sampai ke bandung, indonesia. dan nak naik bas bertolak ke bukit tinggi. yang aku tau tempat tu sejuk dengan permandangan yang cantik.. ala. macam bukit tinggi kat malaysia gak...

perut sudah berbunyi. kami singgah makan jap. makan nasi padang. tekak aku bukan leh terima sangat tapi semata nak isi kan perut ni aku sumbat je la. nanti kebulur lak.

first day breakfast di puncak tinggi. aku pun tak ingat apa nama tempat tu. tapi kami amik challet yang ada 3 bilik. kami satu malam je kat atas tu. tapi memang sejuk bangat.

oklah.. tak larat dah.. akan bersambung kemudian harii...

petang yang indah

time-time tunggu punch card bunyi.. sempat lagi posing amik gambo..


...kita rilex dulu ngan lawak ni...

Seorang lelaki telah menginap disebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Diapun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.
Disebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak
e-mail nya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebutpun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantaidan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer.
To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejutdengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sinipada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan disini untuk kedatanganmu pada hariesok. Semoga berjumpa denganmu nanti,Sayang. Abang harap perjalananmu kesini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.



Lanjutan Kisah Rumahku..


Rumahku Syurgaku..

Banyak lagi duit perlu untuk mencantikkan lagi rumah..
Kadang-kadang jadi ilang idea seketika nak atur perabut dan kadangkala jadi gaduh laki bini gak tuk menegakkan idea masing-masing. Nak gantung langsir pun leh gaduh..Kelakar pun ada bila diingatkan balik.. hahahaha

Ni pagar utama umah aku. Jarang sangat gunanya. Banyak kuar ikut dapur. Weekend je gunakan. tu pun nak gi bergosip ngan jiran-jiran. Kang kalu tak bercampur susah lak nak minta tolong bila time susah. Kalau dulu dok menyewa tak bercampur pun tak pe.. ni confirm sampai tua dok sini.. kena lah pandai-pandai bergaul..


Ni pulak pagar dapur. Tu yang best duduk kat umah tepi ni. Leh kuar banyak tempat. Ni lah tempat aku ngan laki aku lepak bila malam-malam sambil menghirup udara malam. Best gak sejuk je. Tu pun lum abih letak tile. Pelan-pelan.. umah sendiri. Bila-bila leh wat tu.. Kalu nak cut buget pasang sendiri je..

ha.. ni ada lagi pagar. ni tuk kuar kat belakang umah. senang sok kenduri kendara masak kat belakang umah je.



koleksi lampu kat umah. tu belum apa-apa dah tercabut stiker kat lampu tu. nak pasang balik tak sampai lak nak panjat. yang satu tu menyenget lak aku amik.. jadi nampak terbaring lampu tu..


...Kasih Tercipta..

Kasih hilang tiada bicara
setelah cintaku kau puja
rintihan rindu terus melanda
redup cahaya hati lara

Bisiklah kiranya aku bersalah
sedetik tersirat rasa
kau cipta kasih yang kumiliki
cintaku jujur selama ini..

Carilah ku dalam hatimu
sayang sebutlah kau rindu hanya pintaku
kasihmu kekal setia
usah biarku ooo terus terluka

Ooo..kasih tercipta..Ooo..carilah ku sayang

Mesra suaramu kini berbeza
gagal sembunyi sedih
kenangan lalu menusuk jiwa
manis seindah berganti pedih

Carilah aku dalam hatimu
sayang sebutlah kau rinduhanya…
pintakukasihmu kekal setia
usah biarku ooo terus terluka

Pabila bersamamu..
debaran darah arus mengalir cinta
lahir selamanyaberilah kucupan sayang
biar terukir wajah..kasih tercipta..
Ooo..kasih tercipta.. kini kumengerti..
walau berbisa.. kurela kira kau bahagia…

(aku minat gila ngan lagu ni.. )

-anak ibu-

ni anak aku yang bongsu (bongsu ek..ye kot??) manja sungguh..nak marah pun aku tak sampai ati.. tu yang kadang-kadang mengada terlebih tu.. tapi rupa langsung tak ikut muka aku.. sume anak-anak ikut muka ayahnya.. huhu sedih lo...

...anak-anak ku sayang...



aksi geng bas sekolah




Dari kiri rauwiyah,
aishah & balqis



















sebelah ni ngan atuk ..



bersama monyang yang datang dari Melaka

Majlis Pertunangan Adik Lelakiku..

Pada 9 Feb 2008.. Adik lelakiku nak langsungkan pertunangan ngan orang Tasik Chini Pahang.
Tapi majlis berlangsung di Klang je.. Jauh sangat nak ke Pahang tu.. Tapi kalau nikah esok wat kat sana gak..


Selamat Bertunang Safuan & Norzilah.
9.2.2008

baru sampai.. tengah kalut-kalut susunkan orang...


ha.. sempat lagi berposing tengah jalan ni..ni adik aku yang bongsu.. tapi aku lagi cun kan. hahaha.. jangan mare..


hantaran dari kedua belah pihak. pihak kami berkonsepkan warna coklat..


upacara menyarung cicin pada bakal menantu..


dan ini lah bakal pengantin

Kancil ku...

bapakku pulang dari kota..
bapakku belikan kereta..
kereta kancil warna jingga..
boleh ku bawa pegi keja..



hua.. hua.. hua.. ini kereta comel kesayanganku..