tika di majlis persandingan sepupu

cite yang hampir-hampir nak basi dah..
alasan dengan terlalu sibuk dan gamba-gamba lak ada problem masa nak upload.

ni nak cite masa persandingan cousin aku kat melaka. kira lama gak tak balik kampung.. syian nenek aku cucu kesayangan sekarang jarang-jarang balik (perasan jadi cucu kesayangan). tapi betul beb.. nenek aku memang sayangkan aku.. ouls tau tak kalu dengar aku nak balik dia akan tangkap ayam kampung tuk masakkan ayam masak lomak cili padi... syyiiokkkk. cayang nenek.

meh nak cite balik pasal majlis kawin sepupu aku ni. tapi memang meriah. dengan acara rewang merewang ni. buat cam stail lama-lama dulu. susah dan dapat kenduri macam ni. sama-sama potong bawang.. sama-sama bergosip..

yang nak jadi cite.. aku dah la sampai lambat.. dengan muka yang tak rasa bersalah langsung aku pun bersalam-salaman la ngan nenek-nenek ngan sedara mare.. aku ni kira glem jugak la berbanding adik beradikku yang len (haha jangan mare ye zura) .. sebab dulu memang dok kat kampung tinggal ngan nenek masa mak ngan pak aku merantau sana-sini. tengah syok-syok diorang dok potong-potong bawang sambil bergosip aku aku amik ular getah dalam handbag aku.. aku campakkan kat cousin aku yang dok sibuk packing-packing.. menjerit satu umah.. yang aku tak leh tahan tu ada nenek tu melatah sampai nak pengsan.. syian dia.. kalu ada sakit jantung confirm innalillahiwainahilaihirajiun..terus jadi kenduri arwah.. hehe tak baik aku ni..

ha tu en assuad siap posing lagi bila tau aku nak amik gamba kat situ. baju merun tu ayah aku.. masa jadi askar dulu di gelar 'tok mat' skarang dah dok kampung nama glemer 'mat resat kambing' haha.. dah jaga kambing langsung dapat title kambing skali.

hari ni 17 mei (lama dah tarikh tu.. baru aku nak post cite)

berlangsung kat umah pompuan. tanpa lengah lagi.. terus siap-siap nak terhegeh-hegeh ikut skali. nanti dapat dok makan skali kat tempat pengantin..



dah sampai da. zura adik aku yang bongsu, ila (bakal adik iparku), cik mas (makcik aku)

ni dia pengantinnye.. ayie



ayie & mala. mala ni pun kawan sekolah aku dulu. tapi aku tua senior sikit dari dia. jadi tak la berapa rapat sangat.


"tepi sikit.. aku nak dok gak kat tengah-tengah tu.. walaupun dikelilingi ngan budak-budak kecik tu.. aku tak kira.." ayat-ayat orang gila nak bergamba.. tak sedo badan tu dah macam anak gajah.. ah!! pedulik..

me & my mum




hari ni 18 mei 2008

hari ni kenduri sebelah rumah lelaki pulak..

tengok ni.. samaada aku yang pendek atau mala ni yang terlalu tinggi.. huhu...



pilih-pilih mana yang korang rasa berkenan.



dari kiri : dayah(sepupu sepapat aku), cik mas, aku dan mak nong(mak kepada dayah).
dah macam kumpulan nasyid pun ada aku tengok bila dah pakai baju sedondon ni.

ila, aku n zura
anak sape ni amy??
ntah!! tak tau.. tapi memang comel.. geram aku..
bilalah nak dapat baby boy ni..



dan inilah nenek kesayanganku... che tah nama nye..
ada share ngan chetah nye brand.. hehe... ya ampun nek...

kedebak kedebuk... selesai sudah kenduri nye.. sekarang acara mengilatkan periuk belanga..
tengok.. rajin tul en assuad menyental.. anak-anak aku pun sibuk dok tolong masuk pinggan mangkuk.. jadi ibu leh dok tepi.. dah ada hanta wakil dah.. hehe.. itu ayat seorang pemalas..
ishh.. tak baik kata aku pemalas. aku tolong amikkan gamba.. nanti tak de lak kenangan-kenangan ni..





aku temankan nenek je..


ini jelah yang tinggal nenekku. mak kepada ayahku. datuk ku meninggal tahun 2003. semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang beriman. amin..

2 comments:

Az Fabulous... said...

erm lamenya tak pegi merewang umah owang kawen...hmmmmm..sonok!!

Y u Z z 9071 said...

lepas ni insyallah
baby boy....