dari pagi tadi memang aku sibuk gile kat opis tu. mana taknye bos aku dah mula masuk office balik. staff kat office pun kebanyakan masih sambung cuti lagi. kuli yang tinggal hanya aku ngan kak siti je. memang kalut jugak la dengan internet bengong satu hari ni.
petang bos dah start tak de. pukul 11 dia dah sibuk nak balik sebab ada tranning nyanyi untuk malam ni ada dinner kat Sunway Hotel semperna perpisahan KSU kementerian aku. Semua diwajibkan pergi sebenarnya. Tapi aku tak kuasa nak layan dinner-dinner ni. Baik aku makan biskut kering kat umah ngan anak-anak aku je lagi sedap..
disebabkan hari Isnin ni aku cuti, jadi semua kerja-kerja tertunggak aku kena siapkan petang ni jugak. Date line untuk segala bapak claim kena hantar before 5 haribulan ni. dah petang baru aku dapat tau kena hantar cepat bulan ni sebab nak close account. gigihkan kan jugak la aku stay kat office sampai pukul 7 malam. Scary gak aku sebab macam-macam cerita yang aku dengar. Time-time tu la aku rasa nak terkencing la. Tapi selagi aku boleh tahan, aku tahan untuk ke jamban tu sorang-sorang kirim salam kalau dah petang-petang macam ni.
balik je aku terus singgah minimarket dekat ngan rumah aku tu. masa nak singgah tu pikir nak beli 5 barang je, pastu dah jadi sampai 50 barang aku beli. gile betul lah nafsu aku ni. elok-elok buget tuk 10 ringgit dah jadi 100 lebih dah. manalah buget aku bulan-bulan jadi over. ingat nak singgah beli buger je kat tepi jalan tu.. tapi tiba-tiba rasa nak kencing tu datang balik. apa lagi kelangkabut la aku drive pastu tak nyempat-nyempatlah aku nak kuarkan barang dalam kete. lari terus masuk jamban.
ntah kenapa aku rasa macam nak makan karipap yang aku buat sendiri. korang jangan tak caya kalau aku dah teringin tu.. aku buat jugak tau. tak kira masa pun.
operasi aku dah bermula. .
along memang sibuk bila aku kat dapur. dah boleh harap la kalau suruh goreng telur sendiri.
yang pakai tudung tu maid aku,mar. memang tak penah tanggal tudung sejak kerja kat rumah aku.
adik dengan muka dah mengantuk. budak-budak ni kalau aku tak ada kat rumah bukan nak tidur pun siang. jenuh aku pesan.pastu baru pukul 10 dah mula buat muka sememeh macam tu.
teror tak aku. itu resepi turun temurun.
berinti kan daging cincang..
hasil yang pertama.
sikit-skit lama-lama jadi bukit. makin lama duduk pinggang aku dah sakit. makin buruk karipap aku. dapat jugak aku buat dalam 100 bijik. sape nak rasa datang la rumah ye..
4 comments:
pandainye kau gentel karipap tu!! elehhhhh..ntah sedap ntah tidak!! (bunyik kedengkian tahap melampau)
bab mengentel ni bagi kat aku. memang pakar gile.
tu la aku suh datang rumah aku ko tak nak. kalau sekali ko dah rasa masakan aku mesti kau terliur lagi..
weols anto 2 hb hari tu..last date lak tu
sedapnye dpt makan sambil hirup teh o panas..
Post a Comment