Aliff Imran dah 3 minggu

Ini cerita Aliff Imran yang dah berumur 3 minggu.. Aliff Imran yang paling kuat menyusu antara kakak-kakaknya yang lain dan paling kuat meragam.. Kalau bukak mata mulut pun bukak sekali samaada nak susu atau nangis.. jenis tak reti nak main-main. Paling tak larat bila time dia nak tido..aduh punya la susah nak tidokan.. mengamuk sakan. Mujurlah aku berpantang kat rumah sendiri, boleh jugak bergilir-gilir dengan en.assuad jaga.. kalau berpantang kat kampung kan jadi menyusahkan orang lain pulak nak tolong jagakan Aliff Imran ni.Lagi pun tak sama nak mintak tolong orang lain dari minta tolong suami sendiri.Ini mungkin ragam budak lelaki kot.. dulu jaga kakak-kakaknya aman je aku leh tido malam.. sekarang jangan harap.. satu jam sekali kena bangun menyusukan Aliff Imran. Harap-harap dah besar sikit makin baiklah Aliff Imran kan?? Layan je la gambar-gambar Aliff Imran bila umur cecah 3 minggu ni...


dok merenung ibu yang sabar ngan ragam Aliff Imran


sempat snap masa Aliff Imran tengah senyum


Aliff Imran tengok dolphin - dolphin tengok Aliff Imran



Baju pink pun pink la ibu.. Aliff ok je

Muhammad Aliff Imran

Memperkenalkan ahli baru dalam keluargaku.. Muhammad Aliff Imran dilahirkan pada 28.10.2009. Layan la dulu gambar-gambar yang ada. Cerita selanjutnya kalau aku rajin aku cerita di lain hari..





Pic Paling Best...


dok ngemas album-album lama. nampak pulak gambar ni.. ketawa aku sorang-sorang.. yang kelakarnye mata si adik masa kecik-kecik betul-betul sepet.

dah 27 minggu dah ni

seronoknye aku nak buat 3D scan. masa buat appointment hari tu baru 24 minggu. diorang kata masih kecik takut tak nampak sangat. jadi bila dah 27 minggu baru pergi. tapi masa pegi tu pun baby tak nak gerak sangat. dok macam tu je position tak nak beralih-alih pun. tapi bila time biasa-biasa ni punya la kuat menendangnye. aku buat 3D scan kat Vission Collage kat Kelana Jaya. Sangat memuaskan. Harga tak mahal pun hanya RM60 ringgit siap dengan CD sekali. Kalau An-Nur Bangi aku pernah tanya diorang charge dalam 100++. dan inilah hasilnye


tengah tido. muka tutup sebelah ngan tangan. ala-ala malu...


kedua-dua belah kaki yang comel je. ikut kaki aku kot sampai tua pakai saiz 4 je...


dok tengah isap jari.


itu dia burungnya dah nampak. insyallah boyyy..

Selamat Hari Lahir Ayah



Selamat Hari Lahir AYAH.
Semoga dirimu sentiasa diberkati dunia dan akhirat. Kami sayang sangat-sangat kat ayah.

sepet yang paling seronok



sepetlah yang paling seronok bila dapat tahu yang baby dalam perut ibu "BOY". siap dah nak letakkan nama dah. dah tak sabar nak jadi Kak Lang kot. Lepas ni tak bolehlah lagi nak panggil adik. KAK LANG ye sepet.

kandunganku

Dari hari selasa aku pergi buat medical check up kat Klinik Kesihatan Pulau Meranti.
Hari tu aku pergi oklah. Tak ramai sangat orang. Appointment pukul 9 pagi dan 10 pagi dah siap. Tapi aku ada rasa sakit-sakit sikit kat ari-ari tu. Aku explain kat nurse yang check aku tu. Dia suruh aku ke Klinik Kesihatan Dengkil. Aduh !! Punya la malas nak drive sampai sana. Aku tanya ada altenatif lain ke. Dia suuh datang esok, sebab esok baru doktor ada. Tapi aku punya HB darah semuanya ok walaupun agak menurun dari bulan lepas.

Berat : 64 kg (naik sikit la)
HB : 11.3
Baby gerak aktif.

Hari Rabu aku pergi sekali lagi ke Klinik tu. Punya ramai orang. Baik baby ngan mak buyung sekali. Tapi mana yang dah buat apointment ngan doktor diasingkan dari prosedur biasa. Tak payah nak pegi check air kencing lagi. Terus tunggu nombor je untuk jumpa doktor. Tunggu punya tunggu tiba time aku. Doktor check dia suspek kencing kotor ataupun uri aku duduk kat bawah. Ya Allah jangan la jadi lagi uri duduk kat bawah sebab masa mengandungkan Iman dulu memang ada masalah yang sama. Cuma masih boleh bersalin normal sebab masih ada ruang lagi la baby boleh keluar. Tapi masa bersalin dulu pecah jugak la uri. Habis banyak darah kotor tertinggal kat dalam. Masa nurse keluarkan darah-darah tu aku rasa lagi sakit dari bersalin. Aku Harap-harap tak lah terjadi kali ni. Doktor suruh aku ke Klinik Dengkil sekali lagi sebab peralatan nak check tak cukup kat situ. Malas betul nak ke sana. Aku kata aku check kat private clinic ke je la untuk scan ngan check kencing aku.

Balik kerja terus ke Klinik An-Nisa dekat-dekat ngan rumah aku. Aku suka doktornya. Lembut sangat. Bila terangkan kat kita tu punyalah lemah lembut. Aku kena check air kencing. Sah.. Memang ada kencing kotor. Tahap dah kronik jugak la. Memang patut pun. Jarang sangat minum air masak. Kali ni dapat tau yang ada gula sikit dalam darah aku. Banyak sangat minum air manis-manis.

Lepas check kencing scan pulak. Alhamdullilah kedudukan uri betul. Cuma baby masih melintang. Doktor kata baru 22 minggu itu perkara normal. Dan tak disangka-sangka nampak pulak 2 bijik telur. ALHAMDULLILLAH baby aku kali ni LELAKI. Harap-harap betullah scanner tu.

Orang yang paling gembira bila aku sampaikan berita tu adalah En. Assuad. Ada jugak geng dia nanti. Bagi aku tak kisahpun apa jantinanya. Yang penting sihat tubuh badannya dan sempurna akalnya. Amin



berat baby sekarang baru cecah 370 gram
ikutkat scan semalam due aku 5 November 2009 ada lari sikitlah dari kiraan yang dulu.

Selamat Pengantin Baru ' Wan & Eila'

Selamat Pengantin Baru "Wan & Eila"
Wan adalah adik aku yang no.2. Adik beradik aku bukannya ramai pun. Hanya 3 orang je.
Jadi semua dah satle. Sabtu lepas rombongan ke Chini. Bernikahnya hari Sabtu lepas asar. Jadi pagi-pagi lagi dah berangkat. Jadi ni kali kedua aku jejakkan kaki ke Felda Chini ni. Masa first time aku pegi dulu time member opis aku kawin.


Masa ni baru lepas akad nikah. Baru la rasa lega. 3 kali gak la nak lafazkan. Punyalah menggigil tangan masa nak akad nikah.


aku ngan wan. gile gemuk aku sekarang. tapi berat aku masa ngandung ni tak la naik sangat.


dan masa ni pengantin perempuan dah nak hampir2 pengsan. mungkin akibat cuaca yang panas sangat pulak ngan baju yang ketat tu. nak senyum pun dah tak larat.

* sorry la pic aku tak berapa nak terang dah. kamera aku pun dah nak lingkup dah. sok2 ada lebih duit nak cari yang lain.

hepi besday angah



HAPPY BIRTHDAY NUR AMIRA BALQIS
hepi besday angah.. ibu sayang angah.. ibu doakan angah menjadi anak yang solehah.

al-fatihah

al-fatihah buat adik Muhamad Danial Hakimi bin Muhammad Fairiss yang telah kembali ke rahmatullah pada 29.1.2009.

Hakimi adalah anak sulung kawan aku. Umurnya baru 6 tahun. Kami berkawan agak rapat juga dari aku bekerja di Proton Edar dulu hingga kini. Memang kalau ada kelapangan bila ke rumah mak aku, aku akan lepak-lepak kat umah dia. Last jumpa dengan adik Hakimi pada hari raya yang lepas. Untuk makluman korang adik Hakimi diserang Denggi Berdarah. Dah last stage baru dapat detect. Hospital pun dah tak boleh nak buat apa-apa dah. Sampai muntah pun dah berdarah. Memang dugaan yang hebat buat kawan aku Fiza dalam sekelip mata hilang anak yang disayangi.

al-fatihah buat Hakimi.

aku yang terlalu sibuk

lama aku tak bercerita dalam blog ni. aku teramat-amat sibuk sekarang ni. kalau kat rumah memang dah tak da masa aku nak update. kat office pun kerja belambak-lambak sebab nak kena back up sorang staff yang cuti belajar. nanti bila weekend aku cuba sedaya upaya dengan kederat yang aku ada post cite untuk seminggu ni..

esok balik kampung

esok pagi-pagi lepas subuh aku nak balik ke Melaka. Petang dah kena balik sini sebab isnin anak-anak aku dah start sekolah. Balik pun ada hal nak sattle kan.

aku nak masuk tido dulu. doakan aku selamat pergi dan selamat kembali.

bercanda di taman tasik

petang tadi pergi lepak kat taman tasik kelana jaya. dah lama janji ngan anak-anak aku nak ke sana. dua minggu lepas dah sampai je kat sana hujan. tak dapat la diorang nak main playground tu. tapi aku janji nak bawakkan jugak nanti. memang jenis anak-anak aku ni slagi janji ko tak di tunaikan asyik memekak je kat lubang telinga aku ni. macam tu jugak kalau dah bagi tau nak jalan kemana-mana. selagi tak sampai hari nak jalan tu selagi tu dok tanya. kenkadang dalam sehari tu sampai tiga kali tanya. time mood aku elok boleh la aku nak jawab elok-elok tapi time gile aku datang sekali ko tanya bertubi-tubi la aku membebel. langsung senyap tak tanya lagi dah.. hahaha.. padan muka korang dapat mak gile macam aku.


siap bawak bekalan lagi. dah tak da alasan nak minta makan kat kedai. duit mak pak ko dah abih dah bayar sekolah korang. aku bawak hotdog dengan karipap yang aku buat semalam. tinggal goreng je pas kuar kat peti ais.



muka stim ngan kusyuk tengah makan kuaci.


muka keterpaksaan menunggu anak-anak main


dua laki bini mengedik ambil gambar.


mana gamba anak-anak aku??? memang tak ada, sampai-sampai terus terjah bendalah ni. seronok bukan main la. dulu masa aku kecik-kecik papan gelongsor pun dari kayu. silap hari bulan masuk selumbar oooo... ishhh ngeri aku..tak dapat aku nak bayangkan macamana..

apa punya ngok rasa hari ni

pagi-pagi tadi aku dah update dah blog ni. pastu aku try edit kat post options kat bawah tu. sampai sekarang apa yang aku update tak keluar pun. korang jangan tuduh aku dah lupa ngan janji aku ye. sekarang aku dah rajin melangok depan pc dah ni. tak kira kat office ke kat rumah ke...

pastu.. aku nak update cite terbaru. memory kat aku pulak kena telan ngan pc ni. memori kad tu dah la kecik. aku pulak tersilap masuk lubang. jenuh kejap lagi aku nak kena pomen pc aku ni.



konon-konon pagi-pagi ni aku nak sambung keje opis yang tak sattle lagi. bawak balik dah lama sentuhnya tak pun


work station aku kat umah. malas aku nak ngadap lappy lagi. macam tak puas je.


benda alah ni la yang telah memori kad aku. bermakna dalam phone aku sekarang tak de memori kad. huhu.. apa punya mengong aku rasa.

ok ini laporan tuk tengahari ni. nanti ada cite aku post lagi.
tatatititutu...

aku rajin hari ni

dari pagi tadi memang aku sibuk gile kat opis tu. mana taknye bos aku dah mula masuk office balik. staff kat office pun kebanyakan masih sambung cuti lagi. kuli yang tinggal hanya aku ngan kak siti je. memang kalut jugak la dengan internet bengong satu hari ni.

petang bos dah start tak de. pukul 11 dia dah sibuk nak balik sebab ada tranning nyanyi untuk malam ni ada dinner kat Sunway Hotel semperna perpisahan KSU kementerian aku. Semua diwajibkan pergi sebenarnya. Tapi aku tak kuasa nak layan dinner-dinner ni. Baik aku makan biskut kering kat umah ngan anak-anak aku je lagi sedap..

disebabkan hari Isnin ni aku cuti, jadi semua kerja-kerja tertunggak aku kena siapkan petang ni jugak. Date line untuk segala bapak claim kena hantar before 5 haribulan ni. dah petang baru aku dapat tau kena hantar cepat bulan ni sebab nak close account. gigihkan kan jugak la aku stay kat office sampai pukul 7 malam. Scary gak aku sebab macam-macam cerita yang aku dengar. Time-time tu la aku rasa nak terkencing la. Tapi selagi aku boleh tahan, aku tahan untuk ke jamban tu sorang-sorang kirim salam kalau dah petang-petang macam ni.

balik je aku terus singgah minimarket dekat ngan rumah aku tu. masa nak singgah tu pikir nak beli 5 barang je, pastu dah jadi sampai 50 barang aku beli. gile betul lah nafsu aku ni. elok-elok buget tuk 10 ringgit dah jadi 100 lebih dah. manalah buget aku bulan-bulan jadi over. ingat nak singgah beli buger je kat tepi jalan tu.. tapi tiba-tiba rasa nak kencing tu datang balik. apa lagi kelangkabut la aku drive pastu tak nyempat-nyempatlah aku nak kuarkan barang dalam kete. lari terus masuk jamban.

ntah kenapa aku rasa macam nak makan karipap yang aku buat sendiri. korang jangan tak caya kalau aku dah teringin tu.. aku buat jugak tau. tak kira masa pun.


operasi aku dah bermula. .


along memang sibuk bila aku kat dapur. dah boleh harap la kalau suruh goreng telur sendiri.


yang pakai tudung tu maid aku,mar. memang tak penah tanggal tudung sejak kerja kat rumah aku.


adik dengan muka dah mengantuk. budak-budak ni kalau aku tak ada kat rumah bukan nak tidur pun siang. jenuh aku pesan.pastu baru pukul 10 dah mula buat muka sememeh macam tu.


teror tak aku. itu resepi turun temurun.


berinti kan daging cincang..


hasil yang pertama.


sikit-skit lama-lama jadi bukit. makin lama duduk pinggang aku dah sakit. makin buruk karipap aku. dapat jugak aku buat dalam 100 bijik. sape nak rasa datang la rumah ye..