meh sini aku nak story kepenatan aku bila adik aku nak kawin. kitaorang cuma 3 orang je adik beradik. jadi hanya 2 bahu saja yang leh menolong menampung tanggungjawab ayah ngan mak aku. ayah pulak masa tu demam virus. aku pun tak tau virus apa yang sibuk nak lepak dalam badan ayah aku tu. syian aku tengokkan. tak bermaya sungguh. mak pulak bukannye sihat sangat.. macam-macam penyakit yang ada. kesudahan aku ngan wan jugak yang jadi tulang belakang diorang. time-time ni aku rasa alangkah bahagianya kalu ada adik beradik ramai. jadi aku syorkan.. beranak la ramai-ramai moga senang dihari kemudian.
ni awal pagi dah bawak mak ngan zura ke pasar borong selayang. nak beli 'jajan-jajan' tuk bagi kat orang (korang paham tak perkataan jajan tu.. tak paham lantak ko la, malas aku nak terangkan).
muka orang dok kusyuk bawak kete. mau tak kusyuk orang punya la ramai.
jam baru kul 10.30 pagi.. hari ni hari sabtu.. sebab orang ramai kot.
tengok.. berpusu-pusu manusia yang sibukkan diri nak ke pasar gak masa ni.
balik je dari pasar bosong berdesup aku ngan zura ke jalan TAR. nak cari baju raya. nak tempah cepat sikit kat makcik aku. kang kalu dah lambat tak de sape nak jahitkan baju aku.
balik je dalam kul 5 terus sambung projek membungkus cekelat.
balqis tertonggeng terbalik da sebab sibuk nak menolong.
dah beserabai aku tengok si balqis ni.
projek hari pertama selesai. penat gak la belari sana belari sini.
projek hari kedua - membuat kuih karipap
start dari 9 pagi sampai 9 malam
hasilnya 2000 biji karipap terhasil
haha.. power tak?? mula la berangan nak bukak business jual kuih ni.
bertapa tungkus lumus. zura ngan maid mak aku.. minah
dok tengah syok-syok buat mesin tu lak buat hal. dah aku lak jadi pomen.
malam berinai. tangan aku lak over penuh. ala murah je budak india tu amik. cantik pun cantik gak.
kesibukkan menyediakan bunga rampai.
dan ini hasil sirih junjung yang dibuat oleh aku sendiri. apa macam?? cantik??
mak ngan ayah yang dah kepenatan.
akhirnya datang juga bala tentera yang bisa membantu. bala tentera ni di import dari Kg Simpang Bekoh Melaka. Nasib baiklah adik beradik ayah aku ni rajin-rajin belaka. kalu nak harapkankan adik beradik sebelah mak aku.. idak la.. sume pemalas.. tension aku.
tu baju ijau mak nong, mak ina ngan cousin aku yang akan bertunang 16 Ogos ni. harus balik.
operasi membuat kuih koci. time ni pun rasa macam nak patang tulang belakang aku. mau tak nye 10 kg tepung nak kena abihkan. ampun..
aku pun dah macam kuih koci tu gak.. serabai...
kesungguhan..
ayunye aku wat
2 comments:
bila nak buat persiapan perkahwinan untuk cik emeinazirah pulak ek..>??/
cik m....
nanti wa tanya ces kek bila dia nak kawin.. hehehe
Post a Comment