pagi-pagi dah terjaga kejutkan en assuad dan anak-anak sembahyang subuh. pastu lepas sembahyang apa lagi semua mata dah segar bugar. perut pun pagi-pagi dah nyanyi. pagi pertama pada tahun 2009 kami sarapan cekodok udang kering cicah ngan sambal sardin. perh.... sedap gile.
lepas sarapan aku siap-siap nak pegi ambil baju sekolah yang makcik aku kirimkan kat kawan dia di shah alam. sebelum ke shah alam aku singgah cuci kancil aku tu. kebelakangan ni asyik buat hal je kete ni. bulan lepas baru aku overhall dah kena 9ratus lebih. pastu ada benda lain pulak yang rosak. kenkadang naik bosan rasa nye tak habih-habih mentedarah duit je kejenye..
sambil tunggu macha-macha tu basuh kete aku. jom gedik posing sikit.
along dah mula bertudung. dah 8 tahun dah. satu tanggungjawab aku yang dah makin bertambah. pada mula-mula dulu asyik nak kena ingatkan. tapi sekarang alhamdullillah tak payah aku bising-bising lagi.
nak gayakan tudung baru tu. murah gile aku rembat kat maidin subang. tak silap aku 7.5 je. tudung dok umah aku beli yang murah-murah je. stakat 5ringgit tu. senang je sarung.
angah pun baru nak belajar-belajar sikit-sikit nak pakai tudung. aku tak paksa sangat coz umur baru 6 tahun. ha tudung yang angah pakai tu 5 ringgit je. murahkan??
banyak colour gak aku beli hari tu.
manis pulak aku tengok angah pakai wana pink ni. dah macam anak dara. aku lebih suka tengok diorang guna tudung macam ni daripada tudung yang along pakai tu. senang dan kemas je. tapi along kalu kuar main kat rumah je nak pakai tudung macam ni. nak jalan mulalah cari tudung yang kembang-kembang tu.
mana adik????
adik yang dok ngajuk aku sibuk ambil gamba along ngan angah. adik dah kena potong rambut sebab nak naik sekolah dah ni. kenkadang time dia malu ngan rambut pendek tu baru la nak sarung tudung. kalau tak wat tak faham je. tak pe la kecik lagi. sok dah besar sikit kena gak pakai.
angah & adik
along, angah & adik
sebenar nye ni yang nak ditayangkan. aku ngan tudung baru aku. aku yang berwajah baru pada tahun baru. en assuad cakap muka aku nampak comel. COMEL KAH???? angguk cepat-cepat kepala korang tu...
ok jap lagi aku sambung balik. mata aku dah ngantuk dah ni. semalam lepas sedar pukul 12 tu sampai pukul 3 baru aku dapat lena balik..
zzzzzzzz
cerita dah basi dan hampir-hampir berkulat dah
dengan rajin nye BLOGGER YANG TEGAR ini akan post kan cite-cite yang dah tumbuh kulat dah pun. kalau korang sudi nak baca aku sentiasa alu-alukan.
malam tahun baru
sekarang jam menunjukkan pukul 1.34pagi. seawal pagi tahun baru 2009. kenapa aku tercongok depan pc malam2 ni??? macam-macam yang aku rasa time-time ni. nak lelap mata dah tak leh lelap dah. mana tak nye kul 10.00 tadi aku dah bantai tido. pastu kul 12 tghmalam tadi ntah orang gile mana yang bakar mercun berdendum kuat-kuat dekat ngan umah aku ni. tersentap lagi aku dari mimpi yang syok tadi. en assuad macam biasa la, time-time macam ni mana nak ada kat rumah lagi. pergi monitor market forex ngan membe-membe seperjuangan dia. anak-anak aku pun dah lama lena jadi terkapai-kapai aku sensorang.. aku on YM pun tak de sorang pun yang on line.. aduhh apa aku nak buat???? kalau en assuad ada leh gak aku gentel-gentel apa yang patut. kuangkuangkuang... nak gentel apa jadahkan, bendera merah aku tengah berkibar. cite pasal peot ni, bulan ni aku datang sampai 2 kali sebulan. apakah aku yang terlalu subur?? atau aku dah nak mati??? seingat aku selang seminggu je dari peot aku yang lepas. NAPE???? dan seperti biasalah kalau dah peot mood aku pun jadi baran tak tentu pasal. pantang silap sikit mula aku macam betina gile nak marah sana, nak marah sini. tapi buat masa ni aku dapat lagi mengawal kemarahan aku.. bermakna aku berjaya dari ikut perangai syaiton jembalang tu.syoohhhh... ko syaiton pegi la main jauh-jauh.. jangan ko sibuk nak hasut-hasut aku suh jadi kawan ko... AKU NAK BERUBAH !!!
ni yang aku wat sepanjang hari ni
dulu dan kini
hasil dari kemalasan aku nak wat keje kat opis hari. bos tak de jadi melampau-lampau aku malas.. yang aku tau esok nak cuti. aku pun baru blajar bendalah edit-edit. selama ni aku minta simpati je ngan nasafrog ni. skarang dia pun dah cuti beranak jadi tak sape dah aku nak mintak tolong. jadi gagahkan jugak belajar wat sendiri. jadi la sikit-sikit walaupun tak secantik mana.. nanti leh aku blajar pelan pelan. sape-sape yang sudi nak ngajar aku sila angkat tangan.
korang tengok muka aku masa aku kurus dulu.. buruk gile. tapi time-time tu la en assuad berkenan kat aku. dah la kurus hitam lak tu. masa tu umo aku baru 18 tahun tau. lum kawin lagi. aku kawin umo 19 tahun. gatai sungguh rasa time tu. tapi umo en assuad masa tu pun dah 30. dah jadi bujang terlajak. aku pun first-first jumpa dia pun dah jatuh cinta.. jatuh cinta pandang pertama beb. nak kata handsome tu jauuuuuuhhhhhh sekali. bukan aku tak de boyfriend yang handsome masa tu.. tapi aku ni jenis yang tak suka jantan yang putih-putih ni. macam jantan lembik je aku rasa. walaupun ada part yang keras (wahhhh sudah 18sx dah ni). tapi memang betullah, serius aku tak berapa berkenan. ngan en assuad je aku terus lekat. dan baru 1 bulan kenal en assuad terus ajak aku kawin. masa tu umur aku baru 18 tahun beb. cuba korang bayangkan bertapa gatalnye aku. tapi kegatalan aku dihalang ngan keluarga aku. siap mak aku cakap "kalau betul-betul dia nak kan ko, dia kena tunggu kurang-kurang setahun lagi." wah ada apa ngan setahunkan??? kejap je tu, aku ingat tunggu sepuluh tahun lagi. dan lepas 1 tahun family en assuad datang nak meminang aku. masa tu arwah atuk aku yang jadi tukang cakap. ada ke nak letak hantaran aku sampai 10 ribu. gillloooo ingat aku ni artis ke. masa tu bagi aku 10 ribu tu dah kira melambung tinggi dah tu. tahun 1999 paling mahal pun aku dengar 4 ribu. family dia pun terkejut beruk gak. sijil yang ada kat aku pun hanya SPM je masa tu, itu pun gred 2. bincang punya bincang dapat la dikurangkan ke 7 ribu. ha.. kira ok la 7 ribu tu. jadi tandanya pun setuju..... apa lagi kawin la aku.
clear sungguh parut kat muka en assuad masa ni. parut tu yang wat aku tergoda tau. ganas gitu...
azam tahun baru
lama nak mampus aku tak update blog ni... dok terjah blog-blog korang je... ok azam tahun baru aku nak jadi BLOGGER YANG TEGAR !!! hahaha.. poyo gile nye azam.. ok-ok silap. kang dah nak dekat-dekat time masuk tahun baru baru aku war-warkan azam tahun baru aku ye...
AKU KINI DAH KEMBALI.....
AKU KINI DAH KEMBALI.....
Subscribe to:
Posts (Atom)