masalah aku dah sattle

alhamdullillah...
masalah aku akhirnya sattle gak.
time kasih pada yang mendoakan kejayaan aku.

SELAMAT HARI MERDEKA & SELAMAT BERPUASA !!!!

yeye... dapat pc baru

semalaman aku tak update pun. kat opis dok kalut tukar pc baru. punya bapak besa screen tercongok kat depan muka aku ni. 15" beb. dah macam tv pulak aku rasa.

ni pc aku yang lama. aku lebih suka guna yang ini kecik comel je senang aku nak cover apa aku tengah wat.. tapi apakan dayaku untuk menghalang pemergian mu..huhu syahdu gile.. kenangan bersamamu selama 4 tahun tak akan aku lupakan.
(sile abaikan semak samun dikeliling. aku nak cite pasal pc bukan semak samun tu. banyak gile data yang nak kena back up. lama nak mampus...)
dan inilah wajah pc baru aku. dah la guna window vista. susah nak mampus.. terhegeh aku nak guna. dan paling menyayat hati aku dokumen aku hilang. banyak beb. dokumen-dokumen penting lak tu. adui.. aku nak kena cari balik pc lama tu kalu-kalu leh refresh balik. ada sesiapa yang teror gile ngan IT ni tolong la aku.
pastu semalam YM aku pulak problem. sampai petang aku belek ip no. dan AKHIRnya aku BERJAYA !!!! kalu tak mampus kaku aku kalu tak bersembang ngan korang.
dah!!! dah!! aku nak satlekan problem aku nak cari dokumen-dokumen tu..
doakan aku berjaya...

pohon maaf ku pinta dari kalian

Salam,Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "

" Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.

Terutama blogger yang sudi berchating dengan saya;

1. Aizah
2. Ninironna
3. Yuzz
4. VP
5. Greenapple
6. Nasazfrog
7. Kak Mieza

dan kepada kalian semua andai komen-komen yang diberikan mengecilkan hati.
Andai kata dah terkasar bahasa, ampun dan maaf saya pinta. Aminn

thanks aizah

terima kasih aizah. aku pun terharu dengan penghargaan yang ko berikan ni. walaupun tidak pernah bersua kemesraan, keakrapan kian terasa. terima kasih atas persahabatan ini.

hari ni aku pinnkkkkk

hari ni pegi keje sume set pink. aku bukan suke sangat wana ni. ala macam gedik-gedik, ngada-ngada dan macam ala-ala kekampungan (jangan marah pada sesiapa pencinta pink). aku bukan jenis keperempuanan sangat. kalu kuar ke lebih suka pakai tshirt ngan jeans. ringkas dan mudah.

dah malas nak merepek pagi-pagi ni. meh tengok aku yang berwajahkan pink...

muka poyo pagi-pagi ni. tapi dalam hati suke nak mampus sebab bos tak masuk opis lagi.

jam pun pink. jarang guna jam ni. leceh tak leh wat lasak. silap-silap dimond cicir nanti.

selipar pun pink. nak tunjuk kaki aku yang tak sama saiz ngan badan. saiz kaki cuma 4 1/2 je. comel je kan??? korang jangan kata aku cacat ok.
cuma handbag je malas nak tuka pagi tadi. wat lambat aku gi keje je..

4 u aizah


special award for u my dear

award from KAK MIEZA



thanks kak mieza

...


aku tunjukan pada korang yang dok kalut kehulu kehilir.

TAG dari MAMAIQA

dah lama aku kena TAG ni. baru ada masa nak bayar ni.

Apa yang aku buat 5 tahun yang lepas????
1. 5 tahun lepas umo aku masa tu 23
2. 5 tahun dulu aku dah ada 2 orang anak. (aku kawin muda, mengeyam
gatai)
3. 5 Tahun yang lepas aku sewa kat kampung keling (kg laksamana)kat
selayang tu.
4. 5 tahun dulu ekonomi aku laki bini memang bergegar gila (mana tak
nye en.assuad sambung ijazah)
5. 5 tahun dulu yang paling best orang kata aku anak dara lagi
walaupun anak dah 2. (siap ada yang ngurat lagi)

Apa 5 perkara yang aku buat hari ni? ( 26.8.2008)
1. Pagi tadi aku bangun kul 6.30 pagi. Awal-awal dah kaco anak aku tido.
2. Hari ni mood aku rajin. Bangun terus goreng cempedak. Nak bawak pegi opis.
3. Sampai-sampai opis, first sekali bukak blog ngan on kan YM.
4. Pastu wat-wat sibuk ngadap PC padahal aku update blog (sape membe-membe
opis aku yang dah tau keje aku ni wat2 la tak tau)
5.Dan sekarang ni dok sibuk menaip menjawab TAG yang terhutang ni.

Apa yang aku suke makan??
1. fere roshe
tu je satu aku suke makan. tak suke makanan ringan aku suke yang berat-berat je. tu yang gemuk gedempol tu.

Apa yang aku buat kalu aku jadi jutawan??
1. aku nak bayar segala tok nek hutang aku
2. nak beli umah lagi
3. nak beli kete beso2, tak pun beli bas je terus senang aku nak angkut ramai-
ramai.
4. aku nak jelajah seluruh dunia
5. aku nak sedekah kat korang sikit. hehe.

5 keje yang aku penah keje??
1. pas SPM keje kat KLINIK SURIA, Taman Sri Gombak gaji RM 350
masa tuh best gile dapat duit banyak camtu.
2. jadi cikgu sandaran kat Sek. Keb. Taman Sri Gombak. Seminggu je.. tak tahan.
ngan cikgu-cikgu belagak nak mampus
3. Keje jual saham nama comp apa aku tak ingat 1 hari je aku keje.
4. Keje kat USPD dan skrang nama dia PROTON EDAR. Lama gak 6 tahun
5. Dan sekarang kat gomen. dah 4 tahun dan sampai aku tua .

sattle dah utang aku..
aku nak kenakan korang lak.. sila jawab ye..

1. aizah
2. nn
3. yuzz
4. mummyshafie
5. vp
6. kak mieza
7. nasazfrog
8. peej
9. greenapple
10.elly

jawab jangan tak jawab....

MAHA 2008

kali kedua dah aku gi MAHA ni. awal-awal baru bukak dulu dah pegi ngan membe opis. masa lunch ari jumaat. panas bukan main lagi. tapi best. second time aku pegi ni bawak anak-anak pulak. punya la ramai orang. pegi dah hari penutup. naik tren tu pun nak kena beratur panjang.. tak banyak tempat pun pegi, sebab nak kena heret bebudak ni.. tak lalu aku nak berenti banyak-banyak tempat.
ni masa kat tempat RODEO (tempat tunggang lembu). ingat nak tengok tapi time sampai pun dah abih. sempat beli topi koboi je la. dah last day.. murah sikit la dorang jual.
meh aku tayang muka-muka koboi.
along

angah
adik
ni koboi paling macho. yang beli nye satu je topi. topi kat kepala en.assuad tu. yang lain pinjam time amik gambo je.

sesak sungguh dalam tren ni. macam-macam bau ada. dah la panas. berhimpit lak dalam tren ni..
busssukkkk.
time kat tempat sayuran. seronoknye kalu sayur macam ni kat umah aku. apa rasa nak makan petik je.. aku tak kira, nak suh en.assuad tanam cam ni gak kat laman. asyik tanam bunga bukan leh buat ulam pun bunga-bunga dia tu.

si koboi ngan 3 budak itam dok kat celah-celah sayur.

hepi besday along

25 Ogos 2008



hepi besday to you...


hepi besday to you..


hepi besday to my dear...


hepi besday to you...

segerombolan ke zoo

cuti-cuti best bawak anak-anak pegi jalan.
rombongan ke zoo melaka. baju ijau tu makcik aku. yang lain nun sepupu sepapat ngan anak-anak ku.
aisha ngan iman. depa ni memang sebulu dua orang. kalu along tak de pandai lak si iman tu baik ngan angah dia. kalu along dia ada, memang angah yang benyek tu selalu kena buli.
syian angah naik sensorang.
anak-anak aku dah nak sebaya ngan sepupu aku. seronok tak ingat terkinja-kinja tengok monyet. dah sama gak cam spesis tu aku tengok.

selamat bertunang quraishah

minggu lepas balik melaka ada kenduri pertunangan sepupu sepapat aku. time-time ada kenduri ni je ada peluang nak balik. lama gile tak balik. nenek aku sampai mengajuk la kata aku tak sudi nak balik. bukan tak nak, minyak dah la mahal sekarang. kalu dulu kete honda aku tu leh isi 50 je pegi balik. skrang 50 hinggit tu leh pegi sehala je. tak ke nazak aku dibuatnye. ingat nak naik kancil je. tapi nak muntah rasanye kalu sampai melaka. tekemut-kemut je jalan. seperti biasa en. assuad jarang ikut balik. sebab kali ni pun aku nak balik lama sikit kang panas bontot dia dok kampung aku lama-lama, kalu setakat 2 hari je boleh lagi.. ni 4 hari dah alang-alang cuti sekolah. jadi amik kesempatan la balik lama sikit.

aku balik pagi sabtu. sampai-sampai nenek-nenek ku tengah masak.

menu kenduri :
1. rebung + perut lembu masak lemak cili padi
2. ikan tenggiri masak asam pedas
3. pucuk ubi + petai masak ngan tempoyak
4. ikan masin + sambal belacan + bincai

perhhhhh.. sedap nak mampus. tekak aku memang selera kampung... memang kena la.
dah.. jom layan gambar-gambar lak.


acara masak memasak. dok kampung best, ramai orang leh tolong.


yang tengah tu nenek aku.

aku ngan sepupu aku ecah

aku & iman

aku ngan shamim (anak angkat makcik aku)
pengantin popular... korang rasa leh laku lagi tak?????

aku dah kembali

syok gile cuti lama-lama ni. dah macam malas sangat nak keje.
nanti aku post story baru ye. sekarang ni banyak sangat keje tertunggak. bagi aku sattlekan keje dulu.

aku di TAG lagi..

mamaiqa.. saya terima TAG anda.. tapi kena hutang dulu sebab nak cuti lama ni.

..SELAMAT BERCUTI SEMUA..

penghargaan padaku


time kasih mamaiqa sudi memberi anugerah yang tak terhingga kepadaku.. walaupun aku update ikut mood mengong aku.. terima kasih banyak-banyak.

- pot luck - bekfest

rancangan masing-masing nak wat pot luck berjaya tuk sarapan pagi. tengahari orang len punya resepi lak. banyak gile makanan. dah ketat perut ni. macamana nak makan tengahari lak. jom la layan masing-masing tengah mentedarah..

sehabagian menu tuk bekfast.

penuh meja ngan makanan. kemeriahan nak sambut puasa. sok bulan pose tak merasa makan cam ni.

nazira ngan aku

sempat bergosip.. lagi ramai lagi banyak cite sensasi yang keluar.
bertapa seronok dapat makan free... bawak bertenang ye hani.
sengehhhhhh cepppaaattt !!! ummi punya senget pasai apa lain macam je tu????
lariksssss
tunggu tuk cite menu tengahari lak..

aktiviti yang menambahkan lagi kehitaman

haha.. title ntah apa-apa ntah. aku pun tak tau nak story apa. meh cite pasal swimming lak. mana la tak itam anak-anak aku cam tak sesuai je ngan aku yang putih gebu ni (ini korang kata, bukan aku kata). kalau balik umah mak aku kat gombak mesti sibuk nak gi mandi swimming pool. kenkadang kalu ghajin aku bawa la.. kalu idak macam-macam alasan aku bagi.


sepet yang tak tau takut langsung. bukan nak mandi kolam budak-budak tu.. terus terjun kolam dewasa. pandai lak timbul balik. kalau aku nak menggelupur kat dalam tu.. walaupun badanku dah ala-ala pelampung tapi nak masuk kat tempat dalam mati bangun balik pun aku tak berani.

sepet ngan along. aisha memang dah pandai berenang. memang nenek dia masukkan kelas. rajin sangat nak melayan kerenah cucu dia. cucu sulung kot?? tu yang lebih-lebih sangat perangai.


tiga orang budak hitam...

angah.
adik (sepet)....punya la dalam kolam tu. siap buat aksi kuak lentang.