pagi-pagi dah terjaga kejutkan en assuad dan anak-anak sembahyang subuh. pastu lepas sembahyang apa lagi semua mata dah segar bugar. perut pun pagi-pagi dah nyanyi. pagi pertama pada tahun 2009 kami sarapan cekodok udang kering cicah ngan sambal sardin. perh.... sedap gile.
lepas sarapan aku siap-siap nak pegi ambil baju sekolah yang makcik aku kirimkan kat kawan dia di shah alam. sebelum ke shah alam aku singgah cuci kancil aku tu. kebelakangan ni asyik buat hal je kete ni. bulan lepas baru aku overhall dah kena 9ratus lebih. pastu ada benda lain pulak yang rosak. kenkadang naik bosan rasa nye tak habih-habih mentedarah duit je kejenye..
sambil tunggu macha-macha tu basuh kete aku. jom gedik posing sikit.
along dah mula bertudung. dah 8 tahun dah. satu tanggungjawab aku yang dah makin bertambah. pada mula-mula dulu asyik nak kena ingatkan. tapi sekarang alhamdullillah tak payah aku bising-bising lagi.
nak gayakan tudung baru tu. murah gile aku rembat kat maidin subang. tak silap aku 7.5 je. tudung dok umah aku beli yang murah-murah je. stakat 5ringgit tu. senang je sarung.
angah pun baru nak belajar-belajar sikit-sikit nak pakai tudung. aku tak paksa sangat coz umur baru 6 tahun. ha tudung yang angah pakai tu 5 ringgit je. murahkan??
banyak colour gak aku beli hari tu.
manis pulak aku tengok angah pakai wana pink ni. dah macam anak dara. aku lebih suka tengok diorang guna tudung macam ni daripada tudung yang along pakai tu. senang dan kemas je. tapi along kalu kuar main kat rumah je nak pakai tudung macam ni. nak jalan mulalah cari tudung yang kembang-kembang tu.
mana adik????
adik yang dok ngajuk aku sibuk ambil gamba along ngan angah. adik dah kena potong rambut sebab nak naik sekolah dah ni. kenkadang time dia malu ngan rambut pendek tu baru la nak sarung tudung. kalau tak wat tak faham je. tak pe la kecik lagi. sok dah besar sikit kena gak pakai.
angah & adik
along, angah & adik
sebenar nye ni yang nak ditayangkan. aku ngan tudung baru aku. aku yang berwajah baru pada tahun baru. en assuad cakap muka aku nampak comel. COMEL KAH???? angguk cepat-cepat kepala korang tu...
ok jap lagi aku sambung balik. mata aku dah ngantuk dah ni. semalam lepas sedar pukul 12 tu sampai pukul 3 baru aku dapat lena balik..
zzzzzzzz
cerita dah basi dan hampir-hampir berkulat dah
dengan rajin nye BLOGGER YANG TEGAR ini akan post kan cite-cite yang dah tumbuh kulat dah pun. kalau korang sudi nak baca aku sentiasa alu-alukan.
malam tahun baru
sekarang jam menunjukkan pukul 1.34pagi. seawal pagi tahun baru 2009. kenapa aku tercongok depan pc malam2 ni??? macam-macam yang aku rasa time-time ni. nak lelap mata dah tak leh lelap dah. mana tak nye kul 10.00 tadi aku dah bantai tido. pastu kul 12 tghmalam tadi ntah orang gile mana yang bakar mercun berdendum kuat-kuat dekat ngan umah aku ni. tersentap lagi aku dari mimpi yang syok tadi. en assuad macam biasa la, time-time macam ni mana nak ada kat rumah lagi. pergi monitor market forex ngan membe-membe seperjuangan dia. anak-anak aku pun dah lama lena jadi terkapai-kapai aku sensorang.. aku on YM pun tak de sorang pun yang on line.. aduhh apa aku nak buat???? kalau en assuad ada leh gak aku gentel-gentel apa yang patut. kuangkuangkuang... nak gentel apa jadahkan, bendera merah aku tengah berkibar. cite pasal peot ni, bulan ni aku datang sampai 2 kali sebulan. apakah aku yang terlalu subur?? atau aku dah nak mati??? seingat aku selang seminggu je dari peot aku yang lepas. NAPE???? dan seperti biasalah kalau dah peot mood aku pun jadi baran tak tentu pasal. pantang silap sikit mula aku macam betina gile nak marah sana, nak marah sini. tapi buat masa ni aku dapat lagi mengawal kemarahan aku.. bermakna aku berjaya dari ikut perangai syaiton jembalang tu.syoohhhh... ko syaiton pegi la main jauh-jauh.. jangan ko sibuk nak hasut-hasut aku suh jadi kawan ko... AKU NAK BERUBAH !!!
ni yang aku wat sepanjang hari ni
dulu dan kini
hasil dari kemalasan aku nak wat keje kat opis hari. bos tak de jadi melampau-lampau aku malas.. yang aku tau esok nak cuti. aku pun baru blajar bendalah edit-edit. selama ni aku minta simpati je ngan nasafrog ni. skarang dia pun dah cuti beranak jadi tak sape dah aku nak mintak tolong. jadi gagahkan jugak belajar wat sendiri. jadi la sikit-sikit walaupun tak secantik mana.. nanti leh aku blajar pelan pelan. sape-sape yang sudi nak ngajar aku sila angkat tangan.
korang tengok muka aku masa aku kurus dulu.. buruk gile. tapi time-time tu la en assuad berkenan kat aku. dah la kurus hitam lak tu. masa tu umo aku baru 18 tahun tau. lum kawin lagi. aku kawin umo 19 tahun. gatai sungguh rasa time tu. tapi umo en assuad masa tu pun dah 30. dah jadi bujang terlajak. aku pun first-first jumpa dia pun dah jatuh cinta.. jatuh cinta pandang pertama beb. nak kata handsome tu jauuuuuuhhhhhh sekali. bukan aku tak de boyfriend yang handsome masa tu.. tapi aku ni jenis yang tak suka jantan yang putih-putih ni. macam jantan lembik je aku rasa. walaupun ada part yang keras (wahhhh sudah 18sx dah ni). tapi memang betullah, serius aku tak berapa berkenan. ngan en assuad je aku terus lekat. dan baru 1 bulan kenal en assuad terus ajak aku kawin. masa tu umur aku baru 18 tahun beb. cuba korang bayangkan bertapa gatalnye aku. tapi kegatalan aku dihalang ngan keluarga aku. siap mak aku cakap "kalau betul-betul dia nak kan ko, dia kena tunggu kurang-kurang setahun lagi." wah ada apa ngan setahunkan??? kejap je tu, aku ingat tunggu sepuluh tahun lagi. dan lepas 1 tahun family en assuad datang nak meminang aku. masa tu arwah atuk aku yang jadi tukang cakap. ada ke nak letak hantaran aku sampai 10 ribu. gillloooo ingat aku ni artis ke. masa tu bagi aku 10 ribu tu dah kira melambung tinggi dah tu. tahun 1999 paling mahal pun aku dengar 4 ribu. family dia pun terkejut beruk gak. sijil yang ada kat aku pun hanya SPM je masa tu, itu pun gred 2. bincang punya bincang dapat la dikurangkan ke 7 ribu. ha.. kira ok la 7 ribu tu. jadi tandanya pun setuju..... apa lagi kawin la aku.
clear sungguh parut kat muka en assuad masa ni. parut tu yang wat aku tergoda tau. ganas gitu...
azam tahun baru
lama nak mampus aku tak update blog ni... dok terjah blog-blog korang je... ok azam tahun baru aku nak jadi BLOGGER YANG TEGAR !!! hahaha.. poyo gile nye azam.. ok-ok silap. kang dah nak dekat-dekat time masuk tahun baru baru aku war-warkan azam tahun baru aku ye...
AKU KINI DAH KEMBALI.....
AKU KINI DAH KEMBALI.....
berjaya gak aku dapatkan broadband ni
mana jugak aku servey tuk amik mana yang terbaik. last-last aku rasa celcom broadband yang paling baik dan harus aku amik. kalau tak baik sekalipun aku dah register dah.tapi so far aku guna dalam masa 2 hari ni aku guna ni.. ok la.. lagi banyak bagus dari dial up.
penah gak cuba maxis broadband adik aku punya. tapi lembab gak. dah ada ni senang sikit nak ekses kat mana-mana. senang sikit en.assuad nak monitor forex dia. hehe.. sape nak joint forex leh la call aku...
wahhhh terlebih sudah aku nak promot forex lak dalam ni. padahal aku bukan la faham sangat benda alah tu. yang aku tau naik turun draf je... sabar ye en.assuad.. adindamu akan berlajar pelan-pelan.. pelan-pelan kayuh akhirnya sampai kehulu gak.. hahaha.. sape yang paham tu tawalah kuat-kuat.hahaha(ketawa ala-ala syaitonnn).. buat anak-anak dara yang tak berapa nak paham tu... pegi tanya mak korang.. silap-silap kena pelempang jepun..

misi tukar tayar kete
first time dalam idup aku pegi kedai tayar dan pandai-pandai mintak cina kedai tu tukarkan tayar kete. aku tengok tayar tu cam dah selamat dah. botak gile. kalu korang nak tau, pam tayar pun aku tak pernah. yang aku tau bawak kedai pegi basuh pastu isi minyak je. yang lain hampeh.. kenkadang en.assuad bising gak tengok tayar dah pancit pastu tak reti nak pam. bukan aku tak nak.. aku takut terlebih lak angin tu meletup lak tayar tu..lagi la naya dibuatnya. tapi kali ni aku redah je. minta apek tanyar tu tukar 4 bijik tayar kete aku.
ko buat la pek. asal ko jangan tipu wa dah. tapi bagus service dia. siap free balancing ngan aligment skali.toce-toce bos...
muka orang bosan dok menunggu sensorang kat kedai. orang lain datang sume jantan je.. cam pelik je aku sensorang je pompuan kat sinun. tapi kena belajar gak benda-benda lagu ni. sampai bila nak harapkan laki je.

jom layan pic di majlis perkahwinan quraishah
-SELAMAT PENGANTIN BARU ECAH-
Bertemakan warna hijau.Jom la layan kekecohan team hijau kali ni. Team tuan rumah merangkap kendarat sekali.
apa juga keadaan apa dimana juga tempat berada, memang kecoh puak-puak ni. memang leh jadi haru kalau bawak gi kenduri. wat malu orang kampung je.
macam biasalah muka aku mana nak ada kalau sume tak nak mengalah amik pic. last-last aku gak yang kena.
dah habih cite kat luar. masuk lak dalam. buat bising atas pelamin.
inilah pengantinnye. suhaimi dan quraishah. quraishah ni sepupu aku belah ayah. umo dah tua tapi badan macam budak-budak lagi.
ini pulak kendarat lelaki. lari betul temanye. sedondon hitam sumenye. macam janji je.
tapi paling best bagi aku kenduri ni aku leh jumpa ngan bekas cikgu aku yang dah 11 tahun tak jumpa. ingat lagi dia kat aku. walaupun badan aku dah 2 kali ganda lepas tinggalkan sekolah dulu.
ha.. tu dia.. jadi ketua kompang beb. korang nampak tak??? yang botak tu.. YUZZ memang kenal la ye. maklumlah sekolah sama dulu. macam dah tua dah cikgukan. mana tak nye.. anak murid pun dah nak dekat 30 taun dah.. nak dekat ye.. tapi belum lagi. tapi memang terharu sangat dapat jumpa ngan cikgu. nak amik gamba dekat-dekat segan pulak...
-HARI KEDUA-
Pergi serbu rumah lelaki pulak di Batu Pahat Johor. tak banyak amik gambo masa ni. batery kamera dah kong...
sempat lagi berposing-posing masa berarak tu.. walaupun waktu tu panas gile.
SELAMAT PENGANTIN BARU SUHAIMI & QURAISHAH

"hepi besday zai"
desktop untuk anak-anakku
dah lama nak belikan anak-anak aku komputer ni. cuma masa je tak izinkan nak pegi servey sana-sini nak dapatkan yang terbaik. banyak orang kata kat lowyat murah. tapi aku tak kose la nak menapak sampai kl tu. (ayat orang eksen padahal nak drive masuk kl pun aku tak tau)hahaha. aku servey gak kat sunway piramid, kat IOI puchong pastu yang mutamad aku dapat kat the mines. malas dah nak pikir-pikir lagi,lagi pun aku pun bukan la expert sangat ngan software-software.
rege dalam RM1,200++ tapi macam-macam aku nak upgrade. nak screen besa la.. nak bass speaker la.. harga dah jadi RM1500 ngam-ngam..
PC ni pun nak bagi anak-anak aku belajar sikit-sikit tentang komputer. tak lah nanti buta IT dan tak payah sok susah-susah aku nak anto kelas komputer semata-mata nak belajar microsoft office je.diorang pun skarang dok sibuk gode-gode nak main lappy en assuad.
tapi bukan nak katalah.. memang best gile la speaker dia. puas ati aku dengar lagu. pasni nak pegi register streamyx lak. sekarang kat umah dok guna dial up yang zaman tok kadok nye.tu pun register time en assuad sambung belajar dulu. memang lembab gile. jadi sape-sape ada yang pakai streamyx ke leh komen sikit bagus tak line tu. kalau tak baik aku amik celcom breadband je....

mataku yang baru...
adui... nape la makin lama mata aku jadi lagi teruk ni. power spek makin lama makin naik. tapi kali ni memang mendadak gile naik tau. mata kiri aku mantain 200 je kerabunan nye cuma mata kanan yang naik, dari 275 pegi ke 325. ni sume aku nak salahkan komputer la gamaknye. meh aku nak tayang muka aku yang semak ngan spek baru. selalunya aku pakai lens je gi opis. tapi cina kedai spek tu suh guna spek tuk serasikan power yang baru. ikut je la..
kali ni aku try amik brand polo lak. Nampak macam tahan lasak sikit.
beraya lagi
sabtu hari tu otak aku pun ligat la nak pegi beraya. lagi pun dok umah je nak buat apa. en.assuad pun sibuk ngan perhimpunan kebangsaan budak-budak sekolah ni. aku angkut la anak-anak aku ngan maid aku skali pastu angkut skali membe opis ajak jadi peneman. Thanks emi temankan akak.
First skali aku terjah umah blogger gak kat Putrajaya Ninironna cukup unik punya nama. Kami sampai awal gile. Kul 11.30 dah terjah umah orang sebabnya anak aku yang no 2 tu ada appointment ngan doc. gigi kul 12.00 kat bangi. Tapi dok syok sangat makan sampai terlajak la jugak. Jadi lupakan la doc gigi tu. Makan lagi best.
ngan sepetku iman
emi ngan iman
ngan afif..
si ninirona punya anak bujang. punya la aktif ko dik.. sampai anak aku boleh cakap "ibu, akish tak nak la adik boy.. penat akish tengok." haha... macam tu la anak lelaki kan.. mesti aku leh jadi kurus cam ko nn.
Balik je dari umah nn kami berdezup ke Saujana Impian. Rumah adik aku YUZZ. Aku lupa lak nak snap-snap gambar. Ni pun aku amik kat yuzz ngan umimia punya blog. Izinkan aku curi pic korang ye..
acara makan-makan
aku, yuzz ngan umimia
kawan baru iman. mia akilah anak dara umimia. very sweet.. dah macam anak dara dah.
Pas umah yuzz pegi umah anong lak. Menu tetap sama la katakan. Sebabnya sama chief nye. Apa-apa pun memang sedap mak ko masak yuzz.
Abih je beraya.. Tengok jam baru kul 2.00 petang. Masih awal. Apa lagi ligat kepala otak nak merayap. Apa lagi.. ke Sunway Piramid la kita ye.. Leh gi cari kasut.
Buat pertama kali aku pegi shoping ngan baju ala-ala keperempuanan ni. Naik rimas aku. Nak je aku cari t-shirt tukar. Lemas gile..
Emi ngan maid aku..
Dah boring jalan-jalan sempat lagi pegi angkut anak-anak gi layan movie. Cite yang paling sesuai tuk budak-budak tu.. "Senario The Movie". Bagi aku cite macam tu tak yah la nak tayangkan kat wayang. Wat drama pun cukup la. Tiada kelainan langsung sebabnye memang aku tak suka lawak senario ni.. macam dibuat-buat..
Abih layan movie jalan lagi. Kul 8 baru la ingat nak balik... Balik dah penat.. Apa lagi lena lah sampai pagi... zzzzz
gosipppppp
ops !!! jangan gosip bukan-bukan ye.. aku ngan yuzz memang dah kenal lama. time-time dok hostel dulu pastu satu kampung lak.. memang rindu gile... lama tak jumpa...
cite selanjutnya tentang gambar ni pegi kat adik aku ni punya blog..
muahhssss.. sayang ko dik...
aku pun tak sempat la nak amik-amik gambar time ni...hadiah yang ingin aku banggakan
pertama kali nak minta maaf pada blogger yang tak dijemput untuk rumah terbuka minggu lepas. bukan di sengajakan sebab tak reti nak masak banyak-banyak.. kang ada yang datang tak dapat makan.. kan naya tu.. tapi pada sesiapa nak beraya ke rumah datang la.. special menu nanti aku masakkan.
pagi-pagi lagi dah dapat hadiah dari kak mieza . terima kasih banyak-banyak kak.. hadiah kuiz masa bulan pose tu..
very pink kaler... beso nye kak..
sebelum tu nak posing ngan hadiah dulu. macam tau je tema hari ni.. pinnnkkkkkk
nak share kegembiraan ngan kawan-kawan..
jeng-jeng....... ini lah hadiahnye... punnnn wana pink gak... sweeetttt sangat...
time kasih kak...

Subscribe to:
Posts (Atom)